Friday 31 May 2013

Masa Lapang



Pada masa lapang kami akan beriadah sambil mengambil stamina di Kemensah, bagi kami ianya adalah tempat terbaik dan setanding dengan tempat lain kerana berdekatan dan permukaan muka bumi yang tidak menentukan. Sebelum team FREERID3 di bentuk kami trail bersama sama dengan peminat sukan lasak yang lain. Dan setelah terbentuk nya kumpulan ini kami masih lagi mengekalkan nya kerana bagi kami semangat offroad adalah amat penting. Kerjasama di antara peminat sukan lasak di lembah Klang ini amat lah baik, kami tidak membezakan apakah jenis tunggangan dan newbie atau otai.

Nite trail (Ramadhan 2012)

Trail with classic bike

Pokok tumbang

Mai secawan with Johari Justice

Terima kasih kepada penduduk Kemensah Pak Din, Pak Meor, Halim, Rosli Kamarudin, Ijoi, Acoi Pangkolo serta mereka yang tidak di sebut di sini kerana telah banyak mengajar kami tentang beberapa teknik yang sangat berguna. Tidak lupa juga kepada Wan Razali Mamat dan Meor BKZ yang tidak kurang melatih di antara kami beberapa teknik endurance. Dan Nazri dari Serdang Motocross yang membimbing kami bagaimana hendak membuat lompatan dan melepasi wall dengan cara yang betul.



Untuk review newbie yang tidak pernah melakukannya, saya berharap paparan ini dapat menbantu kepada newbie. Bukan berniat untuk menunjuk lagak, tetapi kalau itu yang di sangka kan terpulang. Bagi saya anda boleh mencari sumber lain di Youtube, cuma beza nya ialah rakaman ini adalah di negara Malaysia maka sesuai dengan persekitaran kita :

Mendaki Bukit Tegak



Mendaki Bukit Licin



Lompat tunggul




Jalan Berakar


KUKUBA visit



Akan ada video yang lain bila kelapangan.

Monday 27 May 2013

CKD MX race - hari Belia dan Sukan Putrajaya 2013

Tanggal 25/5 ~ 26/5 2013, tiga (3) wakil telah di hantar dan dua rider telah qualified ujian saringan untuk memasuki final race CKD MX race anjuran Kementerian Belia dan Sukan 2013 di Putrajaya. Mereka ialah Jidin, dan Amy Coi di mana Juju terpaksa mengalah kerana kerosakan teknikal pada motosikal. pada peringkat akhir mereka berdua hanya mampu menduduki tempat ke 7 dan 8 yang mana kami cukup berbangga buat masa ini. Kami terpaksa akur kerana persediaan di segi motosikal perlu di ambil berat terutama di segi performance, kami harus menerima hakikat bahawa kewangan amat di perlukan dan itu akan kami usahakan sedikit demi sedikit. Kami juga tidak mahu secara mendadak menduduki top 3 walaupun itu adalah impian semua orang...

Paddock kami


Motosikal kami

Crew dan Riders santai di waktu malam

Peringkat saringan Group 1 - Juju #disqualified


Peringkat Saringan Group 3 - Zahidin #3


Peringkat Saringan Group 4- Amy Coi #3



Peringkat Akhir di posisi 7 dan 8.


Berikut adalah VDO yang di muatkan ke dalam Youtube, yang di lekatkan pada helmet Amy Coy




Antara aksi di anggap menarik di sekitar Hari Belia dan Sukan


Amy Coi memintas sebaek pelumba depan terbabas.

Shafiq dari Sungai Besar begitu selamba mengambil selekoh

Adik Syahrul terpaksa keluar kerana enjin tidak dapat di hidupkan selepas jatuh di whoop.

Pelumba Demak DTM terjatuh di whoop (batas ubi).

Aksi bersahaja CKD MX race.

Charlos terglincir

Jidin dan Izzat bersaing di peringkat saringan.

Champion - 2 stroke engine c/w MX suspension.

Ketakutan dengan bunyi ekzos motosikal

P/S: Menteri Belia Dan Sukan yang baru tu tak teringin ke nak popularkan sukan lasak ni?

Ahli Terawal FREERID3


Freerid3 adalah sebuah kumpulan yang terdiri dari 10 orang peminat sukan lasak, ianya di tubuhkan pada 10 May 2013. Tujuan kumpulan FREERID3 ini adalah untuk menjadikan satu kumpulan sebagai pencetus semangat supaya sukan lasak ini akan berterusan tidak seperti pada tahun 90'an yang mana sukan ini tidak bertahan lama. Di samping itu juga dengan tertubuh nya kumpulan ini ia akan dapat menampilkan pelumba dari kalangan orang perseorangan yang tidak di kenali ke tahap kebangsaan Insha Allah. Kami terdiri daripada:


Muhd Zairi Bin Md Idris aka AlongZairi- Pengerusi / Presiden.



Junaidi Bin Rasid aka Juju - Pen. Pengerusi


Nasrul Hafiz aka Green - Naib Pengerusi



 Zahidin Bin Zahid aka Jidin - Setiausaha





Emman aka Namme - Pen. Setiausaha




Helmi Bin Khalid - Bendahari




Reza Shaffie aka Reza - Pen Bendahari


Kamaruzzaman Bin Daud aka Jaman - AJK


Mohd Zulhilmi aka Amy Choy - AJK


Khairul Azmi aka Azmi - AJK




Kami telah bersetuju bahawa:

1. Ahli Kumpulan adalah orang perseorangan yang tiada apa apa kepentingan atau mengaut keuntungan dari kumpulan ini.

2. Menyertai kumpulan ini adalah semata mata minat dengan hobi sukan lasak.

3. Penyertaan di dalam kumpulan ini adalah di atas semangat setia kumpulan bagi melihat salah seorang akan di kenali pada masa akan datang.

4. Membayar sejumlah yuran bulanan (seikhlas hati) untuk menampung perbelanjaan perjalanan kumpulan dan yuran pendaftaran menyertai perlumbaan.

5. Sesiapa sahaja boleh menjadi rider bagi mewakili kumpulan ini jika mahu.

6. Baju dan decal (sticker) adalah hak milik kumpulan ini dan tidak boleh di jadikan barang perniagaan tanpa persetujuan dari semua ahli utama di atas.


Note:
- Kumpulan ini akan di buka kepada orang ramai apabila sudah stabil.
- Komitmen di segi kewangan Yuran pendaftaran RM50 dan akan di berikan T shirt serta sticker kelab FREERID3.
- Yuran bulanan sebanyak RM10, di gunakan untuk aktivti mesyuarat, pendaftaran perlumbaan dan riadah.

Pada 24hb Jun 2013 FREERID3 telah pun berdaftar secara Online di ROSe Malaysia




Sedikit sedutan


https://www.youtube.com/watch?v=DRTnLH-6gxk&feature=youtube_gdata_player