Tanggal 24hb May 2013 Team FREERID3 bertolak dari Damansara Damai ke Trolak Selatan tepat jam 12.00 tengah malam, kami berempat Zairi, Juju, Jidin dan Reza menaiki truck Dmax dengan segalanya di dalam satu kenderaan. Agak tidak selesa tetapi memandangkan perjalanan memakan masa hanya 2 jam tidak begitu menyulitkan. Kami sampai di RnR Behrang dan betemu dengan group Pak Meor. Beliau menyarankan kami tidor di di situ dan bertolak awal pagi ke Trolak, idea yang bernas.....
Beborak seketika sebelum beradu
Merenung langit
Kelihatan Gazebo tempat kami beradu
Pada jam 6.00am kami mandi dan solat, selepas menghirup secawan kopi kami terus menuju ke destinasi yang hanya mengambil masa 30 minit perjalanan sahaja. Sesampai di sana hanya ada beberapa team sahaja yang telah ada yaitu team Zxtreme, Man Mohawk dan team Bukit Ramlee.
Sehinggalah jam 10.00am baru muncul beberapa lagi team termasuk orang kampung. Faheem yang dahulu nya rider Kawasaki telah bertukar arah ke Team ....... dari Slim River menggunakan motosikal KX250F bernombor 51. Ada beberapa lagi pelumba yang agak terkenal yang saya tidak dapat di sebut kerana masih peringkat awal untuk mengenali para riders dan team mereka (maaf).
Di antara pelumba hebat
Acara perlumbaan kali ini adalah bersempena hari Perkahwinan anak Pengerusi JKKK Felda Trolak yang sememang meminati dan support sukan motor lasak. Makan tengahari di sediakan di samping Acoi Pongkolo di minta membuat free stunt menggunakan trial bike.
Acoi Pongkolo
Barisan dirtbike yang mengiringi Pasangan Pengantin
Dewan Santapan
Kategori perlumbaan adalah:
1. Cubcross Endurance
2. CKD Endurance
3. Veteran Endurance (38yr ke atas)
4. Open Endurance.
FREERID3 menyertai kategori CKD Endurance seramai tiga orang dan veteran Endurance seorang. Jidin mendapat tempat kedua bagi kategori CKD Endurance dan juga tempat kedua bagi kategori Veteran. Agak malang bagi Reza kerana kesilapan teknikal menyebabkan beliau menduduki tempat ke 21 semasa starting dan memberi kesukaran untuk beliau memintas peserta hadapan, sementara Juju menghadapi masalah teknikal menyebabkan beliau terpaksa akur dan keluar dari perlumbaan sebelum tamat perlumbaan.
Para Riders FREERID3 bergambar bersama Team Pak meor
Sedutan dari kategori CKD Endurance (2nd place - Jidin)
Zahidin 2nd place kategori CKD Endurance
Zahidin 2nd place kategori Veteran
Farouk Ramli (Team Pak Meor) 4rd place - Kategori Veteran
Di antara aksi menarik
Menukar tayar
Steel Horse
Masa ni lah nak bocor
Termenung selepas sessi ujian
Masa ni pulak trial bike buat hal
Barisan Pelumba sedang mendengar taklimat
Barisan Pelumba
Antara pelumba yang paling muda
Kamen Rider yang hensem
Our Rider
Starting Grid
Reza dengan GoPro nya.
Muka kasi tunjuk
Lap pertama
Rider Bukit Ramlee
Rahman Kemensah
Kecederaan kecil
Ijoi Kemensah
Faheem ex-rider Kawasaki
Terima kasih kepada:
Ahli FREERID3 yang memberi sokongan disegi moral dan kewangan.
Group Pak Meor dan Farouk atas minuman dan makanan ringan.
Pihak penganjur kerana sudi menjemput kami.