Sunday 23 June 2013

22hb Jun 2013 FREERID3 telah menempah sejarah menduduki tempat pertama di Endurance Race Bukit Ibam Pahang di anjurkan olih Kelab KEEW dan COMODO 4x4 bertempat di EAP Resort Bukit Ibam.


FREERID3 hanya menghantar seorang wakil Juju 46 kerana rider rider yang lain tidak dapat turut serta kerana tiada kelapangan. Hanya Amy Coy sahaja menemankan Juju bertolak dari Putrajaya pada jam 10.00pm dan sampai di sana jam 2.00am. Kali ini ada sedikit pelik kerana pihak penganjur buat pertama kali mengadakan perlumbaan ini untuk selingan di mana perlumbaan sebenar adalah tertumpu kepada perlumbaan 4X4, dari 2 kategori menjadi 3 katergori yaitu CKD, Cubcross dan Open. Di dalam kategori CKD terdapat 11 peserta di mana motosikal yang menyertai nya terdiri dari KLX150, KX125, CRF150 dan RG serta RXZ yang telah di ubahsuai.

Para Peserta CKD

FREERID3 Juju 46 (kanan) meluncur di depan.


Di mana D-Force (yang di geruni olih KLX150s) di masukkan dalam kategori cubcross... masak. Walau bagaimana pun rungutan dari para peserta tidak berapa kedengaran.

Permulaan Cubcross

Kategori Open

Di antara aksi menarik




Di antara aksi hebat perlumbaan 4X4 dan trek yang di lalui olih semua pelumba motolasak dan 4X4








Penyampaian hadiah telah di sempurnakan pada sebelah malam nya sambil di iringi dengan pertunjukkan armo art

CKD - 1st Junaidi 2nd........... 3rd Paie dr Kpg Melayu Subang


Sekalong tahniah kepada Juju 46 kerana membawa nama FREERID3 di persada sukan lasak, semoga ianya menjadi pembakar semangat kepada semua rakan rakan yang lain tidak kira apa jenis tunggangan anda. Tidak lupa juga kepada ahli FREERID3 yang telah memberi sokongan dalam apa segi sekali pun. Kepada pihak penganjur di ucapkan terima kasih kerana sudi menjemput kami dan pelumba pelumba yang lain. 

Akhir kata...... Maju Sukan Offroad


1 comment: