Monday 27 May 2013

CKD MX race - hari Belia dan Sukan Putrajaya 2013

Tanggal 25/5 ~ 26/5 2013, tiga (3) wakil telah di hantar dan dua rider telah qualified ujian saringan untuk memasuki final race CKD MX race anjuran Kementerian Belia dan Sukan 2013 di Putrajaya. Mereka ialah Jidin, dan Amy Coi di mana Juju terpaksa mengalah kerana kerosakan teknikal pada motosikal. pada peringkat akhir mereka berdua hanya mampu menduduki tempat ke 7 dan 8 yang mana kami cukup berbangga buat masa ini. Kami terpaksa akur kerana persediaan di segi motosikal perlu di ambil berat terutama di segi performance, kami harus menerima hakikat bahawa kewangan amat di perlukan dan itu akan kami usahakan sedikit demi sedikit. Kami juga tidak mahu secara mendadak menduduki top 3 walaupun itu adalah impian semua orang...

Paddock kami


Motosikal kami

Crew dan Riders santai di waktu malam

Peringkat saringan Group 1 - Juju #disqualified


Peringkat Saringan Group 3 - Zahidin #3


Peringkat Saringan Group 4- Amy Coi #3



Peringkat Akhir di posisi 7 dan 8.


Berikut adalah VDO yang di muatkan ke dalam Youtube, yang di lekatkan pada helmet Amy Coy




Antara aksi di anggap menarik di sekitar Hari Belia dan Sukan


Amy Coi memintas sebaek pelumba depan terbabas.

Shafiq dari Sungai Besar begitu selamba mengambil selekoh

Adik Syahrul terpaksa keluar kerana enjin tidak dapat di hidupkan selepas jatuh di whoop.

Pelumba Demak DTM terjatuh di whoop (batas ubi).

Aksi bersahaja CKD MX race.

Charlos terglincir

Jidin dan Izzat bersaing di peringkat saringan.

Champion - 2 stroke engine c/w MX suspension.

Ketakutan dengan bunyi ekzos motosikal

P/S: Menteri Belia Dan Sukan yang baru tu tak teringin ke nak popularkan sukan lasak ni?

No comments:

Post a Comment